Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

KESAYANGAN KU !

JODOH : Jangan Mencari yang Terlalu Sempurna



Jika kamu memancing ikan ,
Setelah ikan itu terlekat di mata kail ,
hendaklah kamu mengambil ikan itu .
Jangan sesekali kamu lepaskan semula ke dalam air begitu sahaja .
Kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kail mu dan mungkin ia akan menderita Selagi ia masih hidup.



Begitulah juga….



Setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang ,
Setelah dia mulai menyayangimu ,
hendaklah kamu menjaga hatinya .
Jangan sesekali kamu meninggalkannya begitu sahaja .
Kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat Melupakan segalanya selagi dia mengingatimu .



Jika kamu menadah air ,
biar laa berpada-pada
Jangan terlalu mengharap pada tangkungannya
dan janganlah menganggap Ia begitu teguh .
Cukuplah sekadar keperluanmu .
Apabila sekali ia retak ,
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.
Akhirnya ia di buang .



Sedangkan jika kamu cuba untuk memperbaikinya ,
Mungkin ia masih dapat digunakan lagi .
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang .
Terimalah seadanya .
Jangan lah kamu terlalu mengagumi nya
dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa .
Anggaplah dia manusia biasa .
Apabila sekali dia melakukan kesilapan
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya .
Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya .
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan
Kamu akan terus hingga ke akhir hayat .



Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi ,
Yang kamu pasti baik untuk dirimu .
Mengenyangkan , berkhasiat ,
Mengapa kamu berlengah , cuba mencari makanan yang lain ?
Terlalu ingin mengejar kelazatan .
Kelak nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya .
Kamu akan menyesal .



Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan .
Yang pasti membawa kebaikan kepada dirimu .
Menyayangi , mengasihi mu .
Mengapa kamu berlengah cuba untuk
membandingkannya dengan Yang lain .
Terlalu mengejar kesempurnaan .
Kelak kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik Orang lain .
Kamu juga yang akan menyesal .



SEKADAR UNTUK RENUNGAN BERSAMA









www.tips-fb.com
JANGAN malu JANGAN segan LIKE SEJA

12 comments:

ZWAN SABRI said...

Sukala entry nii.. suka dengan perumpamaan2 tu semua.. ;)

MySuaraBlog: Perhimpunan BERSIH : Bersih Sangat Kah?

Himmymaru said...

auw, beshnya baca. dok ulang ulang je.. huhu... sayu je aty neh. T_T

tia @ Ini Kisah Tia said...

hehe .. boleh di copy nih .. oh , btw . polikk sem brapa? kita samaaaa :)

She's Gee said...

jodoh itu rahsia Allah..
even kita cube bersederhana namun jodoh bukan aturan kita..

Oh ye.. hai tuan punye blog..
hai TIA... *hehe..

Gee baru tulis"Ko rase boleh ke Couple?"

Bui Idzra Ryn said...

best2...akak suker..hihi

SRenungan said...

nice entry..tq diatas perkongsian
boleh diambil sebagai panduan :)

Anak Wak Mail said...

baru baca semalam kat mana ntah..best kan ayat2 dia..=)

terima kekurangan seseorang..dan terimalah dia seadanya..=)

~bUih-bUih ciNta~ said...

sgt besh dgn kata2 dlm entri tuh..(^.^)

shalina samsudin said...

SUKAAA !
nak buat entry and credit kan kat sini buleh ??

miss fatihah said...

btllah tu :)

amir aizat said...

yes, nice entry!

YOUsoF said...

Sangat bagus la entry camni!! LIKE!


belu pandai lagi nak karang ayat penuh bunga.. ;)

Copyright@Semua Yang Tertulis Adalah Si Laila Punya